Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Friday, January 14, 2011
Raihan - Antara Dua Cinta
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Wednesday, December 22, 2010
Fitrah vs Hipokrit..!

Rasulullah s.a.w bersabda
“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”
Jadi menjadi baik atau hijrah diri ke arah kebaikan bukanlah hipokrit.Menjadi jahatla baru hipokrit sebab itulah yang bukan diri kita sendiri.
Iblis, syaitan dan konco-konconya memang akan rasa sempit hati bila nampak orang bergerak ke arah kebaikan. Dia rasa bengang, rasa marah dan rasa sangat-sangat la bengkek bila tengok orang buat baik. Sebab, tujuannya atas muka bumi ni terganggu. Semasa dia dilempar keluar dari syurga, dia telah bersumpah kepada Allah SWT:
Allah SWT berfirman:
“Iblis pun berkata: Oleh kerana Kau telah menyebabkan aku tersesat, maka sesungguhnya aku akan mengambil tempat menjadi penghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan serta kiri mereka, dan Engkau akan mendapati tidak ramai dari mereka yang bersyukur”Surah Al - ‘Araff aayat 16-17.
Sekali kita mendapat hidayah untuk berubah atau hijrah diri ke arah kebaikan peganglah ia kuat-kuat sebab hidayah bukan boleh dijual beli hanya dimiliki oleh sesiapa yang dikendaki-Nya sahaja.Akhir kalam cubala dalami makna ayat ni ye.wallahu'alam bi sawwab..
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu yang memberati tanggunganmu?Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)” Surah Asy-Syarh ayat 1-8
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Sunday, December 19, 2010
Buatlah Perbandingan..!

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Wednesday, December 15, 2010
Jadual dah dapat..!
Assalamualaikum.ni jadual baru untuk sem depan..kawan2 PAI 1 jgn terkejut tengok jadual baru.. bahasa Arab xdak dalam senarai, adakah minor tggal satu je?atau da peluang utk sem2 len?aduh banyaknya kemungkinan..Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kami... ![]() |
untuk lebih jelas sila klik http://mizanis.net/iTimeTable/jadual/cetakJ_IK.php?kls_id=58 apa2pun selamat menempuh alam degree n subjek2 baru insyaAllah nampak lebih menjurus latihan jdik seorang guru...!lagi2 da kelas sampai 4.30 tp 2 hari ja seminngu ..hehe. *time kasih bebanyak kpd amanina nazri n zatil utk maklumat ni.. |
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Tuesday, December 14, 2010
Hati mereka gementar..!
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Friday, October 15, 2010
ikhtilat.......

- elakkan berhubungan dengan lelaki -manfaatkan sepenuhnya kepakaran kawan wanita
- ringkaskan & padatkan ayat2 -klu terpaksa berhubung guna sms, nota kecil dll.tanpa ikon senyum
- jagalah suara anda "percakapan hendaklah menjauhi daripada bangkit perasaan "(33:32)
- tundukkan hati- supaya tidak kalah pada nafsu dan godaan syaitan
- tundukkan pandangan - berwaspada dengan konsep"dr mata turun ke hati"
- jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah berkomunikasi (eye-contact) kecuali kaum sejenis. sabda rasulullah s.a.w, "wahai Ali janganlah pandangan kedua menuruti yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua adalah berdosa."
- mempercepatkan urusan (apabila berurusan segerakanlah ia)
- tidak perlu sampai berkongsi hal peribadi
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Friday, October 8, 2010
ImAn oh ImAn..
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Friday, October 1, 2010
10 wasiat Imam Mujahid Hassan al-Bana
10 WASIAT HASSAN AL-BANNA 1)Wahai saudaraku, 2)Wahai kawanku, 3)Wahai saudaraku,
6)Wahai saudaraku, 7)Wahai kawanku,
Wahai saudaraku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
|
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. |
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Thursday, September 30, 2010
Ujub kah aku?
Dari kitab Hidayatussalikin ada menyebut tentang maksiat batin atau sifat keji yang ke sembilan adalah ujub. Ujub adalah sifat hairan akan diri sendiri ....ditujukan khas kepada maksud hairan akan kebaikan atau kelebihan diri sendiri. Ini adalah sifat yang amat dicela oleh syarak dan boleh membinasakan/menghapuskan amal ibadah. Firman ALlah Taala yang bermaksud; Dan pada hari perang Hunain, kerena takjub akan bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak memberi faedah kepada mu sedikit jua pun. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Tiga perkara yang membinasakan ibadah, pertama, kikir yang diikut, kedua, mengikutkan hawa nafsu yakni mengikut akan segala yang disukai hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ketiga, kehairanan seorang akan dirinya. Kata Imam Al Ghazali di dalam Mukhtasar Ihya Ulumuddin
ertinya, bermula hakikat ujub itu iaitu takabur yang terhasil di dalam hati dengan dsangkanya akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu atau amal serta lupa akan dia sandarkan yang demikian itu kepada Allah Taala dan serta sentosa daripada hilangnya. Maka jika ingat akan yang demikian itu maka takut akan hilang maka iaitu bukan ujub dan jika ada ia suka dengan keadaan yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala maka tiada dinamakan dia ujub dan hasil daripada yang demikian itu iaitu menilik seorang akan ilmunya atau amalnya yang dibangsakan kepada diri mereka itu. Dan tiada ingat dia akan segala yang demikian itu daripada Allah Taala dan tiada ditakut ia akan hilangnya. Adapun barangsiapa menilik akan ilmunya atau amalnya dan barang sebagainya daripada sifat yang sempurna iaitu nikmat daripada Allah Taala yang dikurniakan kepadanya, pada hal ia takut akan hilangnya dan suka ia bahawa yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala atasnya maka yang demikian itu tiada dinamakan akan ujub. ujub ini adalah salah satu sifat yang amat unik. Amat bahaya dan kita selalu tidak sedar ia ujud dalam diri kita. Seakan2 riak dan takabur....tpi tidak ditunjukkan... Kita sentiasa rasa diri kita selamat, kita baik, kita tawaduk.... kita berbuat baik tidak mengharapkan balasan misalnya, tpi dalam hati kita berbisik... 'baik sungguh aku...orang lain tk tahu aku buat baik.. tpi aku buat juga...isk... inilah yang aku bangga dengan diri aku nih..orang lain tk blh buat cam aku..!!!!!' Amalan baik orang-orang seperti tidak akan diterima Allah... tiada keikhlasan diri ketika beramal...bahkan ada sifat yang tercela itu. Ujub merupakan permulaan untuk mendapat pula sifat tercela yang lain seperti takabur dan riak. Orang ujub tidak terlahir sifatnya di luaran. Tetapi penyakit ini bersarang di dalam rohani orang ini. Amat payah untuk menjaga hati tika kita melakukan amal jariah. Kekadang, tangan kita menghulur sedekah, tpi di hati...kita katakan dengan bangga....isk..aku lah yang baik...tengok...orang kaya itupun tk bersedekah...tapi aku.... Kita bersembahyang wajib dan sunat...hingga lekuk dan lebam dahi.... tpi dlm hati, jawoooh kat sudut hati berkata ; asik aku jer yang rajin sembahyang kat surau nih... atau.. naper orang lain tk bangun buat sembahyang sunat cam aku eekk..?? Kita rajin membaca, belajar, dan menghadiri kuliah agama. lalu kita rasa kita pandai....dan orang yang tidak rajin seperti kita adalah amat rugi...kita rsa kita telah mendapat semua kebaikan menuntut ilmu, dan orang yang tidak menghadirinya adalah berada di dalam kerugian yang nyata. Memang benar, mereka itu dalam kerugian. Tapi tidak perlu ada rasa kita telah mendapat kebaikan itu. Tidak perlu senyum seorang diri kerana merasakan kita tidak berada dalam kerugian seperti orang lain...itu adalah kategori ujub yang memang amat tersembunyi sifatnya. Sebaliknya, selalulah merasakan diri hamba Allah yang hina. Hamba Allah yang amat lemah, Hamba Allah yang sentiasa memerlukan kepimpinan dan petunjuk dari Allah. Sentiasa merasakan kekurangan diri dan melakukan apa jua kerana Allah Taala. Tawadhu' dan kekalkan sifat kehambaan. Sentiasa berdoa minta dijauhkan dari segala kejahatan dalam dan luar, sedar atau tidak sedar. Tidak merasakan diri bagus kerana dapat melakukan amal, dibandingkan dengan orang yang tidak melakukan amal itu. Kita mungkin mampu membuat sesuatu kebaikan.... lalu kita melihat orang lain yang tidak melakukan kebaikan itu berada dalam kerugian. Jangan...jangann begitu...itu adalah unsur2 ujub dalam diri. Apa yang perlu kita rsakan adalah, bersyukur, kerana Tuhan telah berikan laluan dan kemudahan dan kelapangan untuk kita membuat sesuatu dalam mendapatkan keredhaanNya..minta Allah dorong hati kita terus untuk melakukan kebaikan keranaNya.... bukan kerana rasa bangga. Jangan kita memikirkan kerugian orang lain, sebaliknya sentiasa khuatir akan kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Sekiranya ini dijadikan amalan hidup, maka kita tidak akan ada masa untuk memikirkan keburukan, kelemahan orang lain. Bagaimana pula dengan seruan agar kita mencegah kejahatan? atau nak mengamalkan balighuanni walau ayah? Sampaikan dariku walau satu ayat.??? Atau ketika kita mahu menegur/mencegah kemungkaran? Jangan pula sebabkan takut ada ujub, takabur dan riak...maka kita biarkan kemungkaran di hadapan mata. Teguran dan seruan ke arah kebaikan memang perlu. Terutama untuk insan yang kita sayangi, ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, komuniti kita... Cuma sewaktu membuat teguran, perlu dengan cara hikmah....dan perlu menjaga hati jangan dicampur adukkan dengan rasa bangga diri, takabur, riak dan ujub itu...*ni yg payah nih...
Mungkinkah caranya dengan sentiasa merendah diri? Mengakui merasai kelemahan diri sendiri? Put yourself down to the bottom of the sea...you will get the pearl... but it is not that simple... you'll have to struggle for it. . a lot of people failed to reach the pearl.hmmh..akhir kalam,sama2 la kita minta pada TUhan agar dijauhkan dari sifat Ujub, riak dan takabbur itu agar segala amalan diterima.Semoga kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan mempelajari ilmu yang kita tk tahu.Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO
Wednesday, September 22, 2010
HAruMan MawAr
Bismillahirrahmanirrahim
* Tulisan ini ditaip berlatarbelakangkan lagu "Selamat Pengantin Baru" *
Semenjak melangkah ke marhalah rumahtangga, menjadi suri hati seorang lelaki dan bertindak sebagai sayap kiri seorang da'ei selalu pula diasak soalan tentang jodoh. Mencetus gaya berfikir seorang isteri lalu ana mengambil ruang dan peluang tersebut untuk melihat apa yang dilihat oleh orang lain.
"Seronoknya muda lagi dah kahwin."
Ana menggaru kepala. Perkataan seronok itu mempunyai definisi yang berbeza pada setiap orang, barangkali yang diertikan seronok adalah kerana menjadi isteri bermaksud ada tempat untuk mengada-ngada lebih malah dalam ikatan yang halalan toyyibah wa barakah, insya Allah :P mungkin juga seronok adalah kerana sudah terselamat dari fitnah lelaki, entahlah. Banyak sangat kemungkinan yang dibentangkan di dalam kotak minda ana sehingga ana hanya meraikan sahaja soalan dan juga pernyataan mereka.
"Umur berapa?"
"20 tahun."
"Ya Allah, mudanya kahwin."
Menggaru kepala yang langsung tidak gatal. Menggaru kepala adalah tindak balas secara sedar untuk meluahkan bahawa ana agak pelik dengan mereka yang merasa pelik apabila menyedari hakikat usia ana untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri yang mana sememangnya sangat-sangat-sangatlah berat!
"Ustaz, carikan jodoh untuk ana."
Apabila akhawat meminta zauj untuk mencari jodoh dan dalam masa yang sama ada sahabat zauj yang meminta zauj untuk match dengan mana-mana akhawat yang sesuai, ana menggaru kepala lagi. Urusan kahwin bukan suka-suki dan hanya untuk 'lepaskan diri' dari satu situasi tetapi ia adalah urusan dunia dan akhirat, apabila menerima seorang lelaki untuk dijadikan suami bererti wanita itu telah meletakkan urusan agama, dunia dan akhiratnya di tangan lelaki tersebut selepas ijab kabul.
Apabila meminta untuk 'dicarikan jodoh' pastikanlah terlebih dahulu persetujuan dari ibubapa :) Sebagai seorang anak perempuan (mahupun lelaki) dahulukan pendapat ibubapa yang bertanggungjawab atas urusan agama, dunia dan akhirat kita. Apabila ibubapa merestui, lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan ibubapa. Ingat! Redha Allah terletak pada redha ibubapa. Setelah menjadi isteri, baru berpindah kepada redha suami.
Kalau step pertama (redha ibubapa) sudah lompong, susah nak memperbetulkan step kedua (redha suami) kerana step pertama sentiasa menjadi asbab kepada rantaian step kedua.
Selepas menjadi isteri, sekiranya ada kesempatan solat berjemaah dengan suami (kerana suami lebih memilih untuk berjemaah di surau dan ana lebih suka solat di rumah), suami akan mengucup dahi ana. Pernah suatu hari, ana bertanya.
"Abang doa apa?"
"Tak ada apa."
"Doalahhhh..." Ohoho, ana sentiasa memaksa suami melakukan apa-apa kerja yang beliau tak mahu lakukan sambil mengharap beliau akan rela melakkan pekerjaan tersebut.
"Doa takda, tapi sentiasa niat semoga menjadi isteri yang diredhai Allah."
Tergamam. Terharu. Sebak pun ada tapi buat muka comel sahaja.
"Amiin."
Kamu, kamu dan kamu di luar sana yang masih 'single' tak kira lah available mahupununavailable, pergunakanlah peluang sebagai ANAK untuk membuat sebanyak-banyaknya saham akhirat. Kelak, apabila sudah menjadi isteri perbanyakkanlah pula saham akhirat sebagai seorang ISTERI, kerjakan suami kalian sungguh-sungguh.
Ana faham, akhawat di luar sana mungkin selalu sedih dan tertekan dengan ujian demi ujian yang datang terutamanya ujian dari lelaki tetapi usahlah terus melutut dan tersungkur dengan ujian tersebut. Ujian-ujian 'kecil' itu hanyalah satu tarbiyyah langsung dari Rabb kepada hamba Nya untuk melatih diri kita menjadi lebih kuat, insya Allah. Ana tidak kata ana kuat, tetapi ujian-ujian sebelum menjadi isteri membuat ana lebih matang dan berfikir hakikat ujian-ujian sebelum kahwin hanya sebutir pasir di pantai kerana hidup berumahtangga lebih hebat mehnahnya :)
Apabila buat sesuatu pekerjaan, ana tidak melakukan kerana ana seorang isteri tetapi sebagai hamba Allah. Apa sahaja pekerjaan di rumah mungkin bagi orang lain merasa "Wah, best jadi isteri. Buat air pun dapat pahala" ana terasa nak ketawa berguling sahaja dengan ayat ini okey! Serius, nampak sungguh rigid dan terlalu sempit skop kebajikan yang disuntik ke dalam minda para wanita sehingga hanya melihat perkahwinan sebagai medan mengumpul pahala.
Sebagai seorang ANAK juga kita boleh berbakti kepada orang tua. Celakalah bagi ummat Muhammad, sekiranya tidak memperdulikan ibubapa yang masih ada di dunia ini! Doa ini diaminkan oleh Rasulullah s.a.w., ya Allah... Hargailah ibubapa kalian, asingkan sejenak gelora perasaan untuk mencintai pasangan (yang sah) dengan muhasabah diri. Sudah cukupkah kebajikan kepada ibubapa? Sudah bersediakan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab?
Luaskanlah skop kalian. Buat air untuk SAHABAT pun dapat pahala, selagi mana kita melakukan kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain :)
Kata seorang...
"Kami dah bercinta 3 tahun, dah kenal hati budi masing-masing jadi kami merancang untuk berkahwin."
Kata seorang lagi...
"Setelah mengenali hati budi masing-masing, kami mendapati kami serasi bersama. Jadi, kami nak ikatan ini hingga ke pelamin."
Kata seorang lagi dan lagi...
"Kami putuskan untuk berkahwin kerana saya melihat banyak persamaan antara kami."
STOP. Kalau ini yang berlegar dalam pemikiran kalian, berhentilah dari angan-angan tersebut. Kalau orang-orang veteran mendengar ungkapan ini, muntah hijau agaknya. Kalau ibubapa yang sudah berpuluh tahun kahwin mendengar kalimah ini, gelak terberak agaknya. Alahai, luaskanlah sedikit skop tentang kehidupan berumahtangga. Tidak mustahil, insan-insan yang kononnya serasi bersama semasa bercinta ini tidak panjang tempoh perkahwinan mereka.
Tidak ada manusia yang sama dalam dunia ini. Setiap orang memiliki personaliti yang BERBEZA diantara satu dengan yang lain, maka usahlah dicari PERSAMAAN antara kita kerana memang takdirnya kita diciptakan tidak sama! Tetapi, adakah kita akan SERASI apabila bersama? Alam percintaan sama sekali berbeza (ohhh, jauh sungguh bezanya!) dengan kehidupan berumahtangga. Ana tidak berhasrat membebel, kerana ana juga masih mentah tentang rumahtangga.
"Sebagai isteri, kena banyakkkkk mengalah."
Ana tersenyum, nasihat dari datuk yang dikasihi menusuk di dalam hati. Sebak rasanya tetapi masih tersenyum.
"Nanti dah kahwin, jangan buat itu, jangan begini, jangan macam tu..." Panjang lebar abi tersayang memberi 'wasiat'. Mungkin orang melihat ibubapa ana kelihatan berharta, tetapi itu meterial yang ada susut nilainya. Hakikatnya, harta yang dipusakai oleh ana hanyalah ilmu-ilmu dan nasihat juga tarbiyyah dari mereka.
"Nanti dah kahwin, sentiasalah alert perasaan suami adik." Seorang kakak memberi peringatan.
"Kami dah 40 tahun pun masih berkenal-kenalan lagi. 40 tahun tak cukup untuk kami berkenalan, sekarang pun masih juga berkenalan. Manusia sentiasa berubah, dan dari perubahan-perubahan itu kita akan sentiasa mengenali pasangan kita."
Ana melopong di hadapan ibubapa angkat ana. Mereka yang sudah lama hidup berumahtangga, katanya 40 tahun tidak cukup untuk mengenali pasangan dan sentiasa saling mengenali antara satu dengan yang lain. Allahu Rabbi. Ini yang selalu menjadi PUNCA keretakan rumahtangga, masing-masing merasa sudah mengenali pasangan sedangkan terlupa bahawa manusia sentiasa berubah dan setiap perubahan tersebut adalah proses mengenali sehinggalah nafas terakhir di bumi ini.
1,2,3 mahupun 10 tahun bercinta sekalipun tidak sama dengan kehidupan dalam rumahtangga. Tetapi, Allah sudah berjanji bahawa Dia menciptakan isteri dari jenismu (lelaki) sendiri, supaya suami menjadi cenderung terhadap isteri dan berkasih-sayang terhadapnya. Subhanallah. Tempoh berkenalan bukanlah menjadi satu kata putus pada sebuah perkenalan lelaki dan perempuan dalam fasa membina rumahtangga idaman namun dengan ILMU, IMAN, TAQWA dan SABAR insya Allah rumahtangga sakinah, mawaddah wa rahmah akan terbina.
Kita meraikan dua pengantin baru
Mari doakan agar mereka bahagia
Dapat zuriat yang soleh solehah
Mentaati Allah dan juga Rasul Nya
Agar rumahtangga aman bahagia
Bertolak ansur kenalah ada
Maaf bermaafan rukun setia
Bekerjasama meneraju rumahtangga
Rabbani ~ Pengantin Baru
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

