topbella

Sunday, December 19, 2010

Buatlah Perbandingan..!


Assalamualaikum rakan2 sekalian, sebelum baca pos ni harap2 semuanya menarik nafas dulu dan betulkan kedudukan kemudian bacalah dengan tenang

bismillahirrahmanirrahim..
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka , mereka mengucapkan kata-kata(yang mengandungi) keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka"(al-Furqan:63-64)


Hamba-hamba Allah yang soleh ialah mereka mengisi malam hari mereka dengan tahajud. Ini adalah antara bukti cinta kita kepada Allah.Memang berat untuk diamalkan tetapi sangatla beruntung orang yang bersabar melakukannya. Apakah anda telah berusaha untuk meraih cinta Allah?sangat bimbang kalau ada yang termasuk dalam golongan orang-orang yang mengisi malam hari mereka dengan menonton televisyen hingga tiba waktu solat Subuh, kemudian mematikan televisyen dan tidur lelap..!(Amr Khalid)

Bila difikirkan semula, tidak mampukah aku melakukan solat malam yang kelak akan menjadi saksi aku di hari akhirat nanti?Apakah aku tidak bersyukur atas nikmat2 yang memang sememangnya tak terhitung.?Allahuakbar..permudahlah aku untuk bangun dari lenaku Ya Allah..

" Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera sujud seraya bertasbih dan memuji Rabb-Nya dan lagi pula mereka tidaklah sombong. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya"
(as-sajadah:15-16)

Saya petik ayat terakhir "lambung mereka jauh dari tempat tidurnya" apa yang anda faham?dalam bahasa arab "tatajafa" dari perkataan "al-jafwah"beerti tulang belakang mereka menjauh dari tempat tidur, tidak tertahan untuk tidur dalam waktu yang lama kerana kerinduan yang mendalam pada Allah s.w.t. membuat mereka menjadi gelisah , tidak tenang dan tenteram. Ubatnya ialah mereka mendekatkan diri kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya.
bagaimana keadaan mereka saat itu?

"Mereka selalu berdoa kepada Rabb-Nya dengan penuh rasa takut dan harap"
( as-sajadah:16)


muhasabah diri ku dan kamu>layakkah kita untuk meraih syurga Allah andai kita masih bermalas-malasan. jalan ke syurga bukanlah jalan yang dihampar karpet merah tetapi jalan itu penuh dengan ranjau dan liku..sedangkan Rasulullah s.a.w melakukan solat malam sehingga kaki membengkak apatah lagi kita yang hari-hari membuat dosa..marilah kita berusaha merebutnya selagi kesempatan masih ada.!

" Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji"(al-isra':79)



rujukan:Beribadah bersama Rasulullah s.a.w(Amr Khalid)





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Wednesday, December 15, 2010

Jadual dah dapat..!


Assalamualaikum.ni jadual baru untuk sem depan..kawan2 PAI 1 jgn terkejut tengok jadual baru.. bahasa Arab xdak dalam senarai, adakah minor tggal satu je?atau da peluang utk sem2 len?aduh banyaknya kemungkinan..Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kami...


apa2pun selamat menempuh alam degree n subjek2 baru insyaAllah nampak lebih menjurus latihan jdik seorang guru...!lagi2 da kelas sampai 4.30 tp 2 hari ja seminngu ..hehe.
*time kasih bebanyak kpd amanina nazri n zatil utk maklumat ni..




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Tuesday, December 14, 2010

Hati mereka gementar..!

assalamualaikum..alhamdulillah hr ni ada sikit perkongsian mengenai solat..ada satu cerita pada zaman tabiin di mana
suatu ketika dulu, Hatim Asam ditanya mengenai solat yang dia dirikan.

Dia menjawab , "ketika waktu solat tiba, aku segera megambil wuduk , kemudian aku mengambil tempat yng aku inginkan untuk solat, aku duduk sebentar di situ hingga seluruh tubuh dan tenagaku terkumpul, kemudian aku mendirikan solat . Aku jadikan kaabah di hadapanku, sirat Al-mustazqim di bawah telapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku dan aku mengira bahawa ini adalah solatku yang terakhir kalinya, kemudian aku berdiri antara harapan dan ketakutan dan aku mengucapkan takbir dengan penghayatan yang mendalam , membaca bacaan dengan perlahan dan lemah lembut , aku pun rukuk dan sujud dengan tenang(khusyuk) , duduk di atas kaki kiri dan menegaskan telapak kaki kanan di atas ibu jari kaki dengan disertai keikhlasan , meskipun aku tidak tahu apakah solatku diterima Allah atau tidak."


apa pandangan kamu sahabat2ku, bacalah setiap potongan kalimat di atas , kemudian berusahalah dan solatlah sejak saat ini seperti gambaran di atas sebelum ajal tiba..
aslih nafsak wad'u ghairak~


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Friday, October 15, 2010

ikhtilat.......



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah malam ni ana postkan benda yg amat penting bagi setiap wanita. Sebelum tu fhm ke apa tu ikhtilat?senang je..perkara ni sgt dekat dengan kita..
bagaimana pergaulan kita dengan lelaki sepanjang hidup kita..tanyalah diri masing2..

Menurut hukum Islam..sebenarnya xsalah kita berurusan dengan lelaki, ikhtilat yang diharamkan hanyalah pergaulan yang membawa kepada perkara haram seperti zina/muqaddimah zina terutama skali fitnah. Dalam Islam sendiri mensyariatkan batasan pergaulan dengan lelaki hanyalah untuk urusan berjual-beli dan pendidikan.
di sini ana nak kongsikan tips2 untuk berurusan dengan bukan muhrim!(bagi yg dah tau amik sbg peringatan la ye)
  1. elakkan berhubungan dengan lelaki -manfaatkan sepenuhnya kepakaran kawan wanita
  2. ringkaskan & padatkan ayat2 -klu terpaksa berhubung guna sms, nota kecil dll.tanpa ikon senyum
  3. jagalah suara anda "percakapan hendaklah menjauhi daripada bangkit perasaan "(33:32)
  4. tundukkan hati- supaya tidak kalah pada nafsu dan godaan syaitan
  5. tundukkan pandangan - berwaspada dengan konsep"dr mata turun ke hati"
  6. jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah berkomunikasi (eye-contact) kecuali kaum sejenis. sabda rasulullah s.a.w, "wahai Ali janganlah pandangan kedua menuruti yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua adalah berdosa."
  7. mempercepatkan urusan (apabila berurusan segerakanlah ia)
  8. tidak perlu sampai berkongsi hal peribadi
Memang Islam menyusun syariat ni sesuai dengan setiap masa, zaman mahupun tempat..lihatlah dunia sekarang kes rogol setiap hari,buang anak pun sama..semuanya berpunca dari masalah ikhtilat.
EMHH... BAGAIMANA DENGAN IKHTILAT ALAM MAYA??
Kalau boleh elakkanlah berhubung dengan ajnabi di sini kerana berlaku komunikasi antara lelaki & perempuan. Berbincanglah selagi mana tidak keluar topik dan boleh kawal diri dari timbul penyakit dalan hati(jatuh hati/ angau)

sekian..semoga kita dapat memelihara maruah diri masing2..
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA..





Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Friday, October 8, 2010

ImAn oh ImAn..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

..aduhai..inilah manusia. Allah s.wt menciptakan insan tu imannya naik dan turun bukan macam malaikat yang sentiasa maintain..tapi apabila kita futur(lemah iman) janganlah biarkan dia terus begitu..cubala bangun semula..jangan biarkan diri kita terus dalam kelalaian..ingatlah nikmat-nikmat yang x terkira ada pada kita..(ana peringatkan untuk diri ana juga)



Di sini ana tinggalkan lirik lagu Demi Matahari(surah as-syams)..

Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi Bulan apabila ia mengiringi
demi siang bila menampakkan dirinya
demi malam apabila ia menutupi
demi langitbe serta seluruh pembinaannya
demi bumi serta yang ada penghamparannya
semi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah subahannallah..
Allah subahanallah..

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
merugi bagi yang mengotorinya

subahanallah..........

mudah-mudahan janganlah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sombong terhadap Allah..Dalam Al-Quran sendiri Allah dah rakamkan kisah2 umat dahulu yang sombong contohnya Qarun sombong sebab harta yg dimiliki. akhirnya Allah tenggelamkan segala harta2nya...(nauzubillah..) mudah2-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur.
Amin..




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Friday, October 1, 2010

10 wasiat Imam Mujahid Hassan al-Bana






10 WASIAT HASSAN AL-BANNA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

1)Wahai saudaraku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.


2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.


3)Wahai saudaraku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!



4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!



5)Wahai saudaraku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!


6)Wahai saudaraku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.



8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.



9)

Wahai saudaraku,

Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.



10)Wahai saudaraku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!

Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

Thursday, September 30, 2010

Ujub kah aku?


Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan s.a.w , para sahabat serta mujahid, mujahidin yang tegar menegakkan kalimatul haq "Laa Ila ha Illa Allah" sehingga yaumul qiyamah..

Dari kitab Hidayatussalikin ada menyebut tentang maksiat batin atau sifat keji yang ke sembilan adalah ujub. Ujub adalah sifat hairan akan diri sendiri ....ditujukan khas kepada maksud hairan akan kebaikan atau kelebihan diri sendiri. Ini adalah sifat yang amat dicela oleh syarak dan boleh membinasakan/menghapuskan amal ibadah. Firman ALlah Taala yang bermaksud; Dan pada hari perang Hunain, kerena takjub akan bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak memberi faedah kepada mu sedikit jua pun. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Tiga perkara yang membinasakan ibadah, pertama, kikir yang diikut, kedua, mengikutkan hawa nafsu yakni mengikut akan segala yang disukai hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ketiga, kehairanan seorang akan dirinya. Kata Imam Al Ghazali di dalam Mukhtasar Ihya Ulumuddin

ertinya, bermula hakikat ujub itu iaitu takabur yang terhasil di dalam hati dengan dsangkanya akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu atau amal serta lupa akan dia sandarkan yang demikian itu kepada Allah Taala dan serta sentosa daripada hilangnya. Maka jika ingat akan yang demikian itu maka takut akan hilang maka iaitu bukan ujub dan jika ada ia suka dengan keadaan yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala maka tiada dinamakan dia ujub dan hasil daripada yang demikian itu iaitu menilik seorang akan ilmunya atau amalnya yang dibangsakan kepada diri mereka itu. Dan tiada ingat dia akan segala yang demikian itu daripada Allah Taala dan tiada ditakut ia akan hilangnya. Adapun barangsiapa menilik akan ilmunya atau amalnya dan barang sebagainya daripada sifat yang sempurna iaitu nikmat daripada Allah Taala yang dikurniakan kepadanya, pada hal ia takut akan hilangnya dan suka ia bahawa yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala atasnya maka yang demikian itu tiada dinamakan akan ujub.

ujub ini adalah salah satu sifat yang amat unik. Amat bahaya dan kita selalu tidak sedar ia ujud dalam diri kita. Seakan2 riak dan takabur....tpi tidak ditunjukkan... Kita sentiasa rasa diri kita selamat, kita baik, kita tawaduk.... kita berbuat baik tidak mengharapkan balasan misalnya, tpi dalam hati kita berbisik... 'baik sungguh aku...orang lain tk tahu aku buat baik.. tpi aku buat juga...isk... inilah yang aku bangga dengan diri aku nih..orang lain tk blh buat cam aku..!!!!!' Amalan baik orang-orang seperti tidak akan diterima Allah... tiada keikhlasan diri ketika beramal...bahkan ada sifat yang tercela itu. Ujub merupakan permulaan untuk mendapat pula sifat tercela yang lain seperti takabur dan riak. Orang ujub tidak terlahir sifatnya di luaran. Tetapi penyakit ini bersarang di dalam rohani orang ini. Amat payah untuk menjaga hati tika kita melakukan amal jariah. Kekadang, tangan kita menghulur sedekah, tpi di hati...kita katakan dengan bangga....isk..aku lah yang baik...tengok...orang kaya itupun tk bersedekah...tapi aku.... Kita bersembahyang wajib dan sunat...hingga lekuk dan lebam dahi.... tpi dlm hati, jawoooh kat sudut hati berkata ; asik aku jer yang rajin sembahyang kat surau nih... atau.. naper orang lain tk bangun buat sembahyang sunat cam aku eekk..?? Kita rajin membaca, belajar, dan menghadiri kuliah agama. lalu kita rasa kita pandai....dan orang yang tidak rajin seperti kita adalah amat rugi...kita rsa kita telah mendapat semua kebaikan menuntut ilmu, dan orang yang tidak menghadirinya adalah berada di dalam kerugian yang nyata. Memang benar, mereka itu dalam kerugian. Tapi tidak perlu ada rasa kita telah mendapat kebaikan itu. Tidak perlu senyum seorang diri kerana merasakan kita tidak berada dalam kerugian seperti orang lain...itu adalah kategori ujub yang memang amat tersembunyi sifatnya. Sebaliknya, selalulah merasakan diri hamba Allah yang hina. Hamba Allah yang amat lemah, Hamba Allah yang sentiasa memerlukan kepimpinan dan petunjuk dari Allah. Sentiasa merasakan kekurangan diri dan melakukan apa jua kerana Allah Taala. Tawadhu' dan kekalkan sifat kehambaan. Sentiasa berdoa minta dijauhkan dari segala kejahatan dalam dan luar, sedar atau tidak sedar. Tidak merasakan diri bagus kerana dapat melakukan amal, dibandingkan dengan orang yang tidak melakukan amal itu. Kita mungkin mampu membuat sesuatu kebaikan.... lalu kita melihat orang lain yang tidak melakukan kebaikan itu berada dalam kerugian. Jangan...jangann begitu...itu adalah unsur2 ujub dalam diri. Apa yang perlu kita rsakan adalah, bersyukur, kerana Tuhan telah berikan laluan dan kemudahan dan kelapangan untuk kita membuat sesuatu dalam mendapatkan keredhaanNya..minta Allah dorong hati kita terus untuk melakukan kebaikan keranaNya.... bukan kerana rasa bangga. Jangan kita memikirkan kerugian orang lain, sebaliknya sentiasa khuatir akan kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Sekiranya ini dijadikan amalan hidup, maka kita tidak akan ada masa untuk memikirkan keburukan, kelemahan orang lain. Bagaimana pula dengan seruan agar kita mencegah kejahatan? atau nak mengamalkan balighuanni walau ayah? Sampaikan dariku walau satu ayat.??? Atau ketika kita mahu menegur/mencegah kemungkaran? Jangan pula sebabkan takut ada ujub, takabur dan riak...maka kita biarkan kemungkaran di hadapan mata. Teguran dan seruan ke arah kebaikan memang perlu. Terutama untuk insan yang kita sayangi, ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, komuniti kita... Cuma sewaktu membuat teguran, perlu dengan cara hikmah....dan perlu menjaga hati jangan dicampur adukkan dengan rasa bangga diri, takabur, riak dan ujub itu...*ni yg payah nih...Mungkinkah caranya dengan sentiasa merendah diri? Mengakui merasai kelemahan diri sendiri? Put yourself down to the bottom of the sea...you will get the pearl... but it is not that simple... you'll have to struggle for it. . a lot of people failed to reach the pearl.hmmh..akhir kalam,sama2 la kita minta pada TUhan agar dijauhkan dari sifat Ujub, riak dan takabbur itu agar segala amalan diterima.

Semoga kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan mempelajari ilmu yang kita tk tahu.

copyright from:http://lupekanje.blogspot.com/2009/11/ujub-kah-aku.html


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

About Me

My photo
Born in May in Penang, now..i'm studying islamic studies at ganu..IPGM KSM.., akhirul kalam, tafaddal kun wahidan min alfin!