topbella

Friday, August 6, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN YANG KU NANTI2KAN..

"Allahumma Ballighna Ramadhan". Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).


Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Di sini terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan sebagai persediaan untuk ‘menikmati’ ramadan dengan penuh kesungguhan dan terbaik.Mudah-mudahan ramadan kali ini, kita telah pun membuat persediaan awal sebagai bukti cinta kita untuk berubah menjadi lebih baik dan dekat kepada Allah.

Antara persediaan yang boleh dilakukan SEBELUM TIBANYA RAMADAN….

Dari sudut kerohanian dan keImanan

1. Taubat yang benar (banyakkan Istighfar, meninggalkan maksiat yang selalu dilakukan).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. Kadang-kadang tidak semua orang dikuniakan nikmat bertemu ramadan kerana ketentuan apa yang berlaku hari esok di tangan Allah.Boleh jadi Allah tarik nyawanya esok hari\, siapa tahu? Kita hanya berdoa dan mengharap yang terbaik.

3. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

4. Kuatkan semangat untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

5. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).


Ilmu pengetahuan….

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Berkongsi semangat ramadan dengan orang lain.


Sharing is cari

ng

Mereka yang ber

semangat dan rindu akan bulan ramadan pasti tidak akan membiarkan teman-temannya lalai dan leka tanpa menikmati ramadan seperti anda……

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.


Keluarga KITA SENDIRI

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

3. Membuat tadarus al Quran bersama ahli keluarga selepas solat maghrib atau bila-bila masa yang sesuai.

4. Mengajak ahli keluarga solat fardu berjemaah di surau atau masjid terdekat.







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

About Me

My photo
Born in May in Penang, now..i'm studying islamic studies at ganu..IPGM KSM.., akhirul kalam, tafaddal kun wahidan min alfin!