topbella

Thursday, September 30, 2010

Ujub kah aku?


Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan s.a.w , para sahabat serta mujahid, mujahidin yang tegar menegakkan kalimatul haq "Laa Ila ha Illa Allah" sehingga yaumul qiyamah..

Dari kitab Hidayatussalikin ada menyebut tentang maksiat batin atau sifat keji yang ke sembilan adalah ujub. Ujub adalah sifat hairan akan diri sendiri ....ditujukan khas kepada maksud hairan akan kebaikan atau kelebihan diri sendiri. Ini adalah sifat yang amat dicela oleh syarak dan boleh membinasakan/menghapuskan amal ibadah. Firman ALlah Taala yang bermaksud; Dan pada hari perang Hunain, kerena takjub akan bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak memberi faedah kepada mu sedikit jua pun. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud; Tiga perkara yang membinasakan ibadah, pertama, kikir yang diikut, kedua, mengikutkan hawa nafsu yakni mengikut akan segala yang disukai hawa nafsu yang dicela oleh syarak dan ketiga, kehairanan seorang akan dirinya. Kata Imam Al Ghazali di dalam Mukhtasar Ihya Ulumuddin

ertinya, bermula hakikat ujub itu iaitu takabur yang terhasil di dalam hati dengan dsangkanya akan dirinya itu bersifat dengan sifat kesempurnaan daripada ilmu atau amal serta lupa akan dia sandarkan yang demikian itu kepada Allah Taala dan serta sentosa daripada hilangnya. Maka jika ingat akan yang demikian itu maka takut akan hilang maka iaitu bukan ujub dan jika ada ia suka dengan keadaan yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala maka tiada dinamakan dia ujub dan hasil daripada yang demikian itu iaitu menilik seorang akan ilmunya atau amalnya yang dibangsakan kepada diri mereka itu. Dan tiada ingat dia akan segala yang demikian itu daripada Allah Taala dan tiada ditakut ia akan hilangnya. Adapun barangsiapa menilik akan ilmunya atau amalnya dan barang sebagainya daripada sifat yang sempurna iaitu nikmat daripada Allah Taala yang dikurniakan kepadanya, pada hal ia takut akan hilangnya dan suka ia bahawa yang demikian itu nikmat daripada Allah Taala atasnya maka yang demikian itu tiada dinamakan akan ujub.

ujub ini adalah salah satu sifat yang amat unik. Amat bahaya dan kita selalu tidak sedar ia ujud dalam diri kita. Seakan2 riak dan takabur....tpi tidak ditunjukkan... Kita sentiasa rasa diri kita selamat, kita baik, kita tawaduk.... kita berbuat baik tidak mengharapkan balasan misalnya, tpi dalam hati kita berbisik... 'baik sungguh aku...orang lain tk tahu aku buat baik.. tpi aku buat juga...isk... inilah yang aku bangga dengan diri aku nih..orang lain tk blh buat cam aku..!!!!!' Amalan baik orang-orang seperti tidak akan diterima Allah... tiada keikhlasan diri ketika beramal...bahkan ada sifat yang tercela itu. Ujub merupakan permulaan untuk mendapat pula sifat tercela yang lain seperti takabur dan riak. Orang ujub tidak terlahir sifatnya di luaran. Tetapi penyakit ini bersarang di dalam rohani orang ini. Amat payah untuk menjaga hati tika kita melakukan amal jariah. Kekadang, tangan kita menghulur sedekah, tpi di hati...kita katakan dengan bangga....isk..aku lah yang baik...tengok...orang kaya itupun tk bersedekah...tapi aku.... Kita bersembahyang wajib dan sunat...hingga lekuk dan lebam dahi.... tpi dlm hati, jawoooh kat sudut hati berkata ; asik aku jer yang rajin sembahyang kat surau nih... atau.. naper orang lain tk bangun buat sembahyang sunat cam aku eekk..?? Kita rajin membaca, belajar, dan menghadiri kuliah agama. lalu kita rasa kita pandai....dan orang yang tidak rajin seperti kita adalah amat rugi...kita rsa kita telah mendapat semua kebaikan menuntut ilmu, dan orang yang tidak menghadirinya adalah berada di dalam kerugian yang nyata. Memang benar, mereka itu dalam kerugian. Tapi tidak perlu ada rasa kita telah mendapat kebaikan itu. Tidak perlu senyum seorang diri kerana merasakan kita tidak berada dalam kerugian seperti orang lain...itu adalah kategori ujub yang memang amat tersembunyi sifatnya. Sebaliknya, selalulah merasakan diri hamba Allah yang hina. Hamba Allah yang amat lemah, Hamba Allah yang sentiasa memerlukan kepimpinan dan petunjuk dari Allah. Sentiasa merasakan kekurangan diri dan melakukan apa jua kerana Allah Taala. Tawadhu' dan kekalkan sifat kehambaan. Sentiasa berdoa minta dijauhkan dari segala kejahatan dalam dan luar, sedar atau tidak sedar. Tidak merasakan diri bagus kerana dapat melakukan amal, dibandingkan dengan orang yang tidak melakukan amal itu. Kita mungkin mampu membuat sesuatu kebaikan.... lalu kita melihat orang lain yang tidak melakukan kebaikan itu berada dalam kerugian. Jangan...jangann begitu...itu adalah unsur2 ujub dalam diri. Apa yang perlu kita rsakan adalah, bersyukur, kerana Tuhan telah berikan laluan dan kemudahan dan kelapangan untuk kita membuat sesuatu dalam mendapatkan keredhaanNya..minta Allah dorong hati kita terus untuk melakukan kebaikan keranaNya.... bukan kerana rasa bangga. Jangan kita memikirkan kerugian orang lain, sebaliknya sentiasa khuatir akan kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Sekiranya ini dijadikan amalan hidup, maka kita tidak akan ada masa untuk memikirkan keburukan, kelemahan orang lain. Bagaimana pula dengan seruan agar kita mencegah kejahatan? atau nak mengamalkan balighuanni walau ayah? Sampaikan dariku walau satu ayat.??? Atau ketika kita mahu menegur/mencegah kemungkaran? Jangan pula sebabkan takut ada ujub, takabur dan riak...maka kita biarkan kemungkaran di hadapan mata. Teguran dan seruan ke arah kebaikan memang perlu. Terutama untuk insan yang kita sayangi, ahli keluarga kita, kawan-kawan kita, komuniti kita... Cuma sewaktu membuat teguran, perlu dengan cara hikmah....dan perlu menjaga hati jangan dicampur adukkan dengan rasa bangga diri, takabur, riak dan ujub itu...*ni yg payah nih...Mungkinkah caranya dengan sentiasa merendah diri? Mengakui merasai kelemahan diri sendiri? Put yourself down to the bottom of the sea...you will get the pearl... but it is not that simple... you'll have to struggle for it. . a lot of people failed to reach the pearl.hmmh..akhir kalam,sama2 la kita minta pada TUhan agar dijauhkan dari sifat Ujub, riak dan takabbur itu agar segala amalan diterima.

Semoga kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan mempelajari ilmu yang kita tk tahu.

copyright from:http://lupekanje.blogspot.com/2009/11/ujub-kah-aku.html


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO

0 comments:

About Me

My photo
Born in May in Penang, now..i'm studying islamic studies at ganu..IPGM KSM.., akhirul kalam, tafaddal kun wahidan min alfin!